Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Pencapaian Matematik Pelajar Tahun Akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) Dan Gaya Pembelajaran Bagi Modaliti Visual, Auditori Dan Kinestetik Di Falkulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor.

Mohd Said, Mohd Nihra Haruzuan and Chang, Guek Ngo (2010) Kajian Pencapaian Matematik Pelajar Tahun Akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) Dan Gaya Pembelajaran Bagi Modaliti Visual, Auditori Dan Kinestetik Di Falkulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor. Kajian Pencapaian Matematik Pelajar Tahun Akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) Dan Gaya Pembelajaran Bagi Modaliti Visual, Auditori Dan Kinestetik Di Falkulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran bagi modality yang diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan mengenalpasti sama ada pencapaian mata pelajaran Matematik bagi pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) dipengaruhi oleh gaya pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik yang diambil daripada “Learning Style Questionaire” daripada Johnson (2004) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Instrumen ini mengandungi 30 item yang dikategorikan kepada tiga modaliti iaitu modaliti visual, modaliti auditori dan modaliti kinestetik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ?= 0.8586. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan dan melibatkan 50 orang responden (pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan sebanyak 32% pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG) mengamalkan gaya pembelajaran mengikut satu modaliti. Manakala terdapat sebanyak 36% pelajar berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut dua modaliti dan 32% pelajar pula berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut ketiga-tiga modaliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan pelajar yang mengamalkan ketiga-tiga modaliti. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pencapaian matematik, gaya pembelajaran, modality visual, auditori, kinestetik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11249
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 13:08
Last Modified:27 Sep 2017 06:57

Repository Staff Only: item control page