Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Konstruktivisme Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asid Dan Bes Di Lima Buah Sekolah Di Pekan Pahang

Nordin, Aziz and Osman, Zaitun (2010) Penerapan Konstruktivisme Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asid Dan Bes Di Lima Buah Sekolah Di Pekan Pahang. Penerapan Konstruktivisme Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asid Dan Bes Di Lima Buah Sekolah Di Pekan Pahang . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
87kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar tingkatan 4 (tahun 2008) yang mengambil matapelajaran kimia serta 11 orang guru kimia. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 10.0. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan. Terdapat enam dapatan dari kajian ini. Pertama, penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan guru adalah pada tahap yang tinggi. Kedua, penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan pelajar adalah pada tahap yang tinggi. Ketiga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keempat, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar asrama dan luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kelima, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keenam, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kesimpulannya, penerapan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di sekolah telah berlangsung dengan baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:asid, bes, konstruktivisme, pembelajaran, pengajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11247
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 12:56
Last Modified:08 Jun 2017 07:18

Repository Staff Only: item control page