Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Antara Pelajar Tahun Satu Sesi 2008/2009 Yang Tinggal Di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Syed, Syed Mohammed Syafeq and Bakait, Welferd (2010) Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Antara Pelajar Tahun Satu Sesi 2008/2009 Yang Tinggal Di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Antara Pelajar Tahun Satu Sesi 2008/2009 Yang Tinggal Di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang menganggu dari segi demografi (jantina, fakulti, bangsa dan kelayakan masuk universiti). Seramai 210 orang pelajar yang terdiri daripada 99 orang pelajar lelaki dan 111 orang pelajar perempuan yang diperolehi secara rawak berlapis. Instrumen kajian yang digunakan ialah ‘Senarai Semak Masalah Pelajar’ (SSMP) yang dibangunkan oleh Syed Shafeq 2008. Data yang diperolehi diproses menggunakan ‘Statistical Packages for the Social Scince’ (SPSS 11.5 Window). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga masalah yang paling mengganggu iaitu sub skala pelajaran dan kerjaya masa depan (58.66%), masalah kegiatan sosial dan rekreasi (55.90%) dan masalah moral dan agama (49.08%). Kategori masalah yang kurang menganggu pula adalah berkaitan rumahtangga dan kekeluargaan (39.41%), perhubungan psikologi sosial (37.00%) dan masalah kesihatan dan pertumbuhan jasmani (26.90%). Dari segi demografi mengikut jantina, tidak terdapat perbezaan masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan peratus masing-masing, lelaki (52.76%) dan perempuan (63.92%). Dari segi demografi mengikut bangsa, terdapat perbezaan masalah yang paling menganggu iaitu Melayu menghadapi masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan (57.03%), manakala Cina dan India pula adalah sama iaitu masalah kegiatan sosial dan rekreasi dengan peratus masing-masing (58.23%) dan (57.41%). Dari segi demografi mengikut fakulti juga terdapat perbezaan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa mengikut fakulti iaitu bagi FPPSM, menghadapi masalah kegiatan sosial dan rekreasi (60.85%), mahasiswa FP menghadapi masalah moral dan agama (51.42%), bagi mahasiswa FKA dan FSKSM pula menghadapi masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan peratus masing-masing (57.57%) dan (68.98%). Dari segi demografi mengikut kelayakan masuk universiti pula terdapat perbezaan iaitu bagi lepasan Diploma dan Matrikulasi menghadapi masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan peratus masing-masing (57.03%) dan (63.04%), dan lepasan STPM pula menghadapi masalah kegiatan sosial dan rekreasi (59.35%). Beberapa cadangan bagi mengatasi masalah dikemukakan di dalam kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:demografi, masalah, pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11245
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 10:41
Last Modified:27 Sep 2017 06:52

Repository Staff Only: item control page