Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Teknologi Kejuruteraan Unit Teras Perhubungan Elektronik Tingkatan Empat

Yeo , Kee Jiar and Abdul Jamil, Amir Fakhri (2010) Pembangunan Perisian Teknologi Kejuruteraan Unit Teras Perhubungan Elektronik Tingkatan Empat. Pembangunan Perisian Teknologi Kejuruteraan Unit Teras Perhubungan Elektronik Tingkatan Empat . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
148Kb

Abstract

Penggunaan komputer atau multimedia dalam pendidikan semakin popular pada masa ini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bertajuk “Perhubungan Elektronik”. Pengguna sasaran perisian PPBK ini ialah pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah biasa dan berasrama penuh. Metodologi pembangunan perisian PPBK ini adalah berasaskan model reka bentuk pengajaran Hanaffin dan Peck (1998). Beberapa jenis strategi pengajaran digunakan seperti pendekatan latih tubi, tutorial dan simulasi. PPBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Flash Professional 8 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS2, Swish Max dan Sony Sound Force 8. Perisian ini telah dinilai dalam beberapa aspek, iaitu penilaian reka bentuk interaktif, pembelajaran kendiri, kemudahan pengguna, objektif pengajaran dan penilaian secara keseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian PPBK ini telah berjaya memberikan maklumat mengenai Perhubungan Elektronik dengan baik dan dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan supaya dapat dijadikan panduan kepada pembangun perisian pada masa hadapan dengan meningkatkan lagi mutu perisian mereka. Semoga perisian yang dibina ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan negara kita.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian teknologi kejuruteraan, perhubungan elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11217
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Dec 2010 09:07
Last Modified:03 Dec 2010 09:07

Repository Staff Only: item control page