Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan UTM

Ismail , Sarimah and Atan, Abreza (2010) Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan UTM. Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan UTM . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
37kB

Abstract

Kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Penyelesaian masalah merupakan suatu kaedah yang praktis yang bertujuan untuk menjana pelbagai idea yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian yang lebih paktikal dan efektif. Dalam kaedah ini, proses penyelesaian masalah dilakukan menurut langkah-langkah tertentu secara sistematik dan tersusun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti adakah aplikasi pendekatan penyelesaian masalah ini dilaksanakan dalam pengajaran mata pelajaran teknikal dan vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti bagaimana pensyarah mengaplikasi pendekatan penyelesaian masalah ini dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. Obektif kedua untuk mengenalpasti model kaedah penyelesaian yang digunakan oleh pensyarah sewaktu pengajaran dilaksanakan dan objektif ketiga ialah untuk mengenalpasti kebaikan yang diperolehi apabila menggunakan kaedah penyelesaian masalah ini semasa proses pengajaran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan instrumen yang digunakan ialah protokol temubual. Data yang diperolehi melalui sesi tembual ditranskrip dan seterusnya dianalisa menggunakan kaedah pengkodan. Bilangan responden yang ditemubual ialah tujuh orang dan hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh orang responden mengaplikasikan pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran mata pelajaran teknikal. Mereka juga bersetuju bahawa pendekatan penyelesaian masalah ini membawa banyak kebaikkan dan kelebihan kepada pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kaedah penyelesaian msalah, teknikal dan vakasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11215
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Dec 2010 08:52
Last Modified:03 Dec 2010 08:52

Repository Staff Only: item control page