Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Teknik Belajar Dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Tahun 2 Hingga 4 Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Sulaiman, Seth and Abd Rashid, Mohd Zul Fahmi (2010) Amalan Teknik Belajar Dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Tahun 2 Hingga 4 Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Amalan Teknik Belajar Dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Tahun 2 Hingga 4 Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
88kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan amalan teknik belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun dua, tiga dan empat pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) di Fakulti Pendidikan UTM. Amalan teknik belajar dalam kajian ini ditumpukan kepada lapan aspek iaitu motivasi, pengurusan masa, membaca, membuat nota, mendengar, mengingat, berkumpulan dan menghadapi peperiksaan. Sampel kajian ini terdiri daripada 70 orang responden. Statistik diskriptif dan inferens telah digunakan dalam analisis data. Hasil daripada dapatan kajian mendapati tahap keberkesanan amalan teknik belajar pelajar-pelajar berada pada tahap sederhana berkesan. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan teknik belajar dengan pencapaian akademik. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan teknik belajar pelajar lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan teknik belajar pelajar cemerlang, sederhana dan lemah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teknik belajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11209
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Dec 2010 05:23
Last Modified:27 Sep 2017 01:42

Repository Staff Only: item control page