Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti Keputusan Peperiksaan Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

Royo, Mohamad Abdillah and Zainun, Zul Azli (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti Keputusan Peperiksaan Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti Keputusan Peperiksaan Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
82kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah faktor-faktor peranan dan dorongan ibu bapa, minat, sikap, kaedah pengajaran guru dan kemudahan pembelajaran mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden dan bahagian B adalah menjawab lima persoalan kajian yang mengandungi 30 item kesemuanya. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.855 telah diperolehi manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua faktor yang dikaji mempengaruhi kualiti keputusan SPM dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan terutamanya faktor peranan ibu bapa, minat pelajar dan pengajaran guru. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan prestasi pelajar serta membaiki kelemahan disamping memperkukuhkan lagi kekuatan yang sedia ada. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi lebih penumpuan kepada aspek-aspek yang mempengaruhi prestasi pelajar serta dapat membantu pihak yang berkenaan dalam menyediakan skop dan prasarana pembelajaran mata pelajaran ini dengan lebih efektif di masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: kualiti keputusan peperiksaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11200
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Dec 2010 15:29
Last Modified:27 Sep 2017 01:26

Repository Staff Only: item control page