Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Pendorong Orang Kurang Upaya Bekerja Di Bengkel Daya Klang, Selangor

Uzir, Mohsin and Royo, Mohamad Abdillah and Nasir, Zarina (2010) Faktor-Faktor Pendorong Orang Kurang Upaya Bekerja Di Bengkel Daya Klang, Selangor. Faktor-Faktor Pendorong Orang Kurang Upaya Bekerja Di Bengkel Daya Klang, Selangor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
161kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong orang kurang upaya (OKU) bekerja di Bengkel Daya, Klang. Lima faktor yang dikaji ialah penerimaan majikan, keperluan sosial, jaminan pendapatan, keperluan harga diri dan ingin dihargai serta faktor kemudahan tempat kerja. Sampel kajian terdiri daripada 42 OKU yang bekerja di bengkel terlindung iaitu Bengkel Daya, Klang. Kajian ini menggunakan kaedah temubual berstruktur. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik ialah ? = 0.655. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor penerimaan majikan berada di tahap rendah. Empat faktor lain iaitu faktor keperluan sosial, faktor keperluan harga diri serta ingin dihargai, faktor kemudahan tempat kerja dan faktor jaminan pendapatan berada di tahap tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini didapati faktor keperluan sosial, keperluan harga diri serta ingin dihargai, kemudahan tempat kerja dan jaminan pendapatan merupakan faktor-faktor pendorong kepada OKU bekerja di Bengkel Daya, Klang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:orang kurang upaya (OKU)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11199
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Dec 2010 15:12
Last Modified:27 Sep 2017 01:23

Repository Staff Only: item control page