Sihes, Ahmad Johari and Panai, Steven (2010) Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah. Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah . pp. 1-10. (Unpublished)
|
PDF
185kB |
Abstract
Kajian korelasi ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dengan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar PKPGB. Kajian ini melibatkan 70 orang responden dari PKPGB, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Instrumen kajian yang digunakan adalah Inventori Gaya Pembelajaran Kolb untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar dan Inventori Gaya Pengajaran Grasha untuk mengkaji gaya pengajaran pensyarah. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis mengguna komputer menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 14.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, purata skor min dan korelasi. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah .86 bagi Inventori Gaya Pembelajaran Kolb dan .84 bagi Inventori Gaya Pengajaran Grasha. Hasil kajian mendapati kategori gaya pembelajaran Pemerhatian Reflektif (42.8 peratus) paling dominan diikuti kategori gaya pembelajaran Pengalaman Konkrit (37.1 peratus), Pengkonsepsian Abstrak (12.8 peratus) dan Pengujikajian Aktif (7.1 peratus). Jenis gaya pembelajaran pelajar pula, jenis gaya pembelajaran Pencapahan (51.4 peratus) paling dominan diikuti jenis gaya pembelajaran Asimilasi (31.4 peratus) dan gaya pembelajaran Pemusatan dan Penyesuaian Diri masing-masing (8.6 peratus). Gaya pengajaran pensyarah yang paling dominan ialah gaya pengajaran Pakar (min = 4.178) diikuti gaya pengajaran Delegator (min=3.982), gaya pengajaran Pemudahcara (min=3.874), gaya pengajaran Autoriti Formal (min=3.726) dan gaya pengajaran Model Personel (min=3.580). Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran pensyarah dengan kategori gaya pembelajaran pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | gaya pembelajaran Pelajar, gaya pengajaran, Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11198 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Dec 2010 14:48 |
Last Modified: | 26 Sep 2017 08:44 |
Repository Staff Only: item control page