Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti Teknologi Malaysia

Kamaruddin , Meor Ibrahim and Mohamad, Assaadah (2010) Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti Teknologi Malaysia. Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62kB

Abstract

Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan (Fizik) di Universiti Teknologi Malaysia. Di samping itu kajian ini juga bertujuan menentukan tahap gaya pembelajaran bagi keseluruhan responden mengikut pencapaian akademik. Seramai 66 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan dibina oleh Richard M. Felder dan Barbara Soloman (1996) yang terdiri daripada 44 item yang mengkaji gaya pembelajaran yang dapat dilihat oleh 4 dimensi iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal serta Tersusun dan Global. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science versi 10.0’ (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pola gaya pembelajaran yang diamalkan oleh responden Tahun 2, 3 dan 4 tidak jauh bezanya iaitu bagi responden Tahun 2 tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Intuitif, Visual dan Tersusun manakala bagi responden Tahun 3 dan 4 mereka tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Konkrit, Visual dan Tersusun. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberi faedah kepada pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat bagi mencapai kecemerlangan dalam pencapaian akademik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11187
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Dec 2010 05:49
Last Modified:02 Dec 2010 05:49

Repository Staff Only: item control page