Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier Di Dua Buah Sekolah Menengah

Deraman , Karim and Karim, Ainul Hakimah (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier Di Dua Buah Sekolah Menengah. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier Di Dua Buah Sekolah Menengah . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
140kB

Abstract

Kerja rumah telah menjadi komponen penting dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kerja rumah memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar supaya lebih memahami pelajaran yang diajarkan di dalam kelas. Kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan dua dari kelas premier di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru. Kajian ini menumpukan tiga faktor yang berkaitan dengan kerja rumah, iaitu peruntukan masa, jenis-jenis kerja rumah, dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Seramai 106 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian: dua kelas tingkatan dua premier dari SMK Sri Skudai dan satu kelas tingkatan dua premier dari SMK Taman Mutiara Rini. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Borang ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan demografi pelajar, pencapaian mata pelajaran dan faktor peruntukan masa. Manakala Bahagian B pula terdiri daripada 30 soalan berkaitan dengan faktor jenis kerja rumah dan faktor cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah pelajar. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah ? = 0.929. Keputusan peperiksaan akhir tahun dijadikan sebagai ukuran pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran yang dikaji. Analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran berada pada tahap tinggi (60–79%). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan tetapi sederhana antara faktor cara pengelolaan guru semasa dan selepas pemberian kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kerja rumah, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11185
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Dec 2010 05:45
Last Modified:02 Dec 2010 05:45

Repository Staff Only: item control page