Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap hubungan etnik: kajian di kalangan pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), sesi pengajian 2007-2008, semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Mohd. Said , Mohd. Rizal and Thay , Cheow Yin (2010) Tahap hubungan etnik: kajian di kalangan pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), sesi pengajian 2007-2008, semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
95Kb

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap hubungan etnik, kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar, kegiatan kokurikulum pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11181
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Dec 2010 06:49
Last Modified:16 Jul 2012 00:58

Repository Staff Only: item control page