Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti

Morazuki , Syahrul Ridhwan and Saarani, Suhaila (2010) Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji dan membandingkan tahap kekuatan mental terhadap prestasi atlet karate. Subjek yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 8 orang (5 lelaki dan 3 perempuan) yang menyertai pertandingan di peringkat universiti. Atlet yang terlibat dibahagikan kepada kumpulan atlet berpengalaman melebihi 4 tahun dan atlet berpengalaman kurang daripada 4 tahun. Soal selidik kekuatan mental (MTQ) digunakan dalam kajian ini. Di dalam soal selidik kekuatan mental, 5 kriteria iaitu kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan motivasi diuji. Hasil dapatan mendapati atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi. Manakala bagi criteria keyakinan, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang sama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kekuatan mental, atlet karate
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11178
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Dec 2010 06:43
Last Modified:01 Dec 2010 06:43

Repository Staff Only: item control page