Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Topik `Lines And Angles` Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Matematik Di Universiti Teknologi Malaysia

Kamarudin, Meor Ibrahim and Ramzan, Siti Hajar (2010) Tahap Penguasaan Topik `Lines And Angles` Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Matematik Di Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Penguasaan Topik `Lines And Angles` Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Matematik Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
197kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik `Lines and Angles` Tingkatan Satu dan Tiga. Antara aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji terdiri daripada mendefinisi sudut, mengenalpasti jenis-jenis sudut, mengenalpasti jenisjenis garisan, sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik dan penyelesaian soalan masalah. Kajian telah dijalankan ke atas 59 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Kimia)-4SPM dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Komputer)-4SPT tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and Angles` yang terdiri daripada 19 item merangkumi semua aspek yang dikaji menjadi instrumen untuk mengumpulkan data. Data dikumpulkan dan dianalisis secara kualitatif serta pemerhatian dijalankan terhadap corak kesilapan yang dilakukan oleh responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden menghadapi masalah dalam semua aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa cadangan tindakan pemulihan dikemukakan. Antaranya ialah pembaikan proses penyampaian guru yang perlu memberi perhatian lebih kepada penanaman definisi istilah matematik dan menggilap tahap penguasaan Bahasa Inggeris responden.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:`Lines and Angles`, tahap penguasaan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11177
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 18:14
Last Modified:21 Sep 2017 03:37

Repository Staff Only: item control page