Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh Kadar Dehidrasi Terkawal Ke Atas Prestasi Semasa Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia

Zainuddin, Zainal Abidin and Rosli, Muhammad Salleh (2010) Pengaruh Kadar Dehidrasi Terkawal Ke Atas Prestasi Semasa Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia. Pengaruh Kadar Dehidrasi Terkawal Ke Atas Prestasi Semasa Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36kB

Abstract

Sukan bola sepak yang mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit memerlukan pemain yang mempunyai stamina yang tinggi. Beraksi dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan pemain bola sepak mengalami dehidrasi melalui perpeluhan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas prestasi semasa otot atlit dan mengenalpasti kesan kadar dehidrasi terkawal ke atas perubahan fisiologi tubuh badan atlit. 2 orang pemain bola sepak UTM lelaki dengan umur 24 (±3) tahun, berat 61.1 (±2.3) kg, tinggi 170.3 (±1.8) cm dan BMI 21.09 (±1.22) dipilih sebagai subjek. Subjek berlari atas treadmill sejauh 5 km dibawah tempoh masa 30 minit. Data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan GraphPad Prism versi 5 menunjukkan terdapat hubungan bagi antara pembolehubah bagi kedua-dua subjek. Kajian mendapati bahawa dehidrasi iaitu kehilangan berat badan melalui perpeluhan ialah 3.67% bagi subjek 1 menunjukkan penurunan prestasi otot yang ketara dan 1.85% bagi subjek 2 menunjukkan sedikit penurunan prestasi. Kesimpulannya, dehidrasi memberi kesan terhadap prestasi semasa dan perubahan fisiologi atlit.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bola sepak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11175
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 17:37
Last Modified:21 Sep 2017 03:05

Repository Staff Only: item control page