Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah HarianLuar Bandar Daerah Jerantut, Pahang.

Minghat, Asnul Dahar and Sikh Mohamad, Rabiah (2010) Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah HarianLuar Bandar Daerah Jerantut, Pahang. Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut, Pahang. . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
123kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar pelajar dalam mata pelajaran vokasional di sekolah harian luar bandar di daerah Jerantut berdasarkan empat persoalan kajian iaitu aspek pengetahuan asas atau sedia ada, aspek minat, aspek sikap dan kemahiran menggunakan peralatan dan mesin. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah sekolah dalam daerah Jerantut , Pahang. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah alpha (α) =0.87. Peratus, kekerapan (frekuensi) dan min digunakan untuk menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti MPV mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi sikap dengan nilai min 3.92, minat dengan nilai min 3.78, kemahiran menggunakan peralatan tangan dan mesin dengan nilai min 3.71 manakala aspek pengetahuan sedia ada berada pada nilai yang sederhana dengan nilai min 3.51. Penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesediaan belajar, pelajar, mata pelajaran vokasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11172
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 15:37
Last Modified:11 Feb 2017 04:19

Repository Staff Only: item control page