Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mendorong Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja Di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation)

Mohd Said, Mohd Rizal and Sulaiman, Rosmawati (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja Di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation). Faktor-Faktor Yang Mendorong Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja Di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation) . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
169Kb

Abstract

Setiap manusia termasuk Orang kurang Upaya (OKU) mempunyai masalah setiap kali dalam membuat pemilihan dan keputusan bagi menentukan sesuatu perkara penting dalam kehidupan. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pendorong OKU bekerja di JARO (Johor Area Rehabilation organisation), Johor. Faktor pendorong yang dikaji terdiri dari jaminan kewangan, jaminan pekerjaan, keperluan sosial dan keperluan untuk dihargai dan menghargai. Seramai 40 OKU yang bekerja di JARO dipilih sebagai sampel kajian ini. Borang soal selidik adalah merupakan instrumen kajian ini yang mengandungi 32 soalan. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.75. Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Pakage of Sosial Science) versi 14.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan dihargai dan menghargai dikenalpasti sebagai faktor utama, diikuti faktor keperluan sosial, factor jaminan pekerjaan dan akhir sekali faktor jaminan kewangan. Akhir sekali beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk tujuan akan datang. Katakunci: Orang kurang Upaya (OKU)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: Orang kurang Upaya (OKU)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11171
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 15:14
Last Modified:30 Nov 2010 15:14

Repository Staff Only: item control page