Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Mohd. Taha, Rehan (2010) Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah Menengah Kebngsaan Daerah Johor Bahru. . pp. 1-16. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
915kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan 3 faktor iaitu intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup daripada 6 buah SMK daerah Johor Bahru. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah α = 0.7483. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisisan SPSS v11.5, iaitu Statistical Packages For The Social Science (SPSS) for Windows version 11.5 untuk mendapatkan kekerapan peratusan, dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor intrinsik dengan nilai min tertinggi iaitu 3.71 paling mempengaruhi dalam memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Manakala dua faktor lain yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dengan nilai min bagi faktor ekstrinsik ialah 3.69 dan bagi faktor persekitaran dengan nilai min ialah 3.63. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ekstrinsik, intrinsik, kreativiti guru, pengajaran, persekitaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11169
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 14:29
Last Modified:01 Mar 2017 00:55

Repository Staff Only: item control page