Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan Terhadap Guru Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan

Mohd. Amin, Nor Fadila and Mohd. Nor, Subri (2010) Tinjauan Terhadap Guru Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan. Tinjauan Terhadap Guru Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan awan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) negeri Johor.Reka bentuk kajian ini adalah secara deskritif menggunakan instrument soal selidik yang diedarkan kepada 73 orang guru teknikal di Sembilan buah SMT di negeri Johor. Sampel kajian di pilih secara rawak berstrata. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS (Statistical package For Social Science) versi 11.0 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai (SD). Hasil kajian menunjukan bahawa guruguru teknikal telah menerapkan kesemua aspek kemahiran generik dalam mata pelajaran kejuruteraan. Hasil kajian juga menunjukan tahap penerapan yang tinggi serta tiada perbezaan antara faktor jantina dan pengalaman mengajar dalam penerapan kemahiran generik oleh guru-guru teknikal di SMT negeri Johor.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penerapan kemahiran generic, guru teknikal, pengajian kejuruteraan elektrik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11167
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 06:17
Last Modified:23 Feb 2017 11:13

Repository Staff Only: item control page