Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Bakal Guru Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Akhir Sarjana Muda Dalam Pendidikan (Sains), Universiti Teknologi Malaysia

Kamaruddin , Meor Ibrahim and Osman, Siti Zubaidah (2010) Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Bakal Guru Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Akhir Sarjana Muda Dalam Pendidikan (Sains), Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Bakal Guru Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Akhir Sarjana Muda Dalam Pendidikan (Sains), Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah diperkenalkan dengan imej baru pada tahun 2003 apabila pengajarannya dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Matlamat kerajaan ialah mencapai perlaksanaan sepenuhnya pada tahun 2007. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi bakal-bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan empat aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang utama bagi bakal-bakal guru iaitu aspek pemahaman kosa kata Sains dalam Bahasa Inggeris, minat, keyakinan dan penguasaan Bahasa Inggeris. Kajian ini berbentuk diskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpul data. Seramai 38 orang bakal guru Sains UTM yang terdiri daripada 17 orang pelajar 4SPN (PKPG) dan 21 orang pelajar 4SPN (Perdana) terlibat sebagai responden kajian. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen ialah 0.9404. Analisis dijalankan dengan menggunakan pengiraan secara manual menggunakan kalkulator berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bagi keempat-empat aspek tahap penguasaan berada pada tahap sederhana (min 2.81, 2.71, 2.70, dan 2.39 masing-masing). Semua pihak yang berkaitan perlu bekerjasama bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam Sains bagi bakal-bakal guru ini supaya mereka lebih bersedia untuk mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris kelak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap penguasaan bahasa Inggeris, bakal guru sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11166
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 06:15
Last Modified:30 Nov 2010 06:15

Repository Staff Only: item control page