Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Bagi Topik Geometri Koordinat

Mohamed, Mohini and Ahmad Saarani, Siti Maisarah (2010) Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Bagi Topik Geometri Koordinat. Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Bagi Topik Geometri Koordinat . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
86Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu bahan pengajaran bagi topic geometri koordinat yang dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran atau sebagai rujukan. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan pendapat atau maklum balas guru mengenai bahan pengajaran yang disediakan dan penerapan unsur sejarah dalam matematik. Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 30 orang guru matematik sekolah menengah di kawasan Skudai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaan adalah .81. Statistik digunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru memberi reaksi yang positif terhadap penerapan unsur sejarah dalam matematik khususnya topik geometri koordinat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:unsur sejarah, matematik, geometri koordinat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11165
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 06:13
Last Modified:30 Nov 2010 06:13

Repository Staff Only: item control page