Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan Komputer Bertajuk Cell Division: Meiosis Dalam Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat.

Jonid , Muslim and Mat Junos @ Yunus, Siti Jamaliah (2010) Pembangunan Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan Komputer Bertajuk Cell Division: Meiosis Dalam Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat. Pembangunan Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan Komputer Bertajuk Cell Division: Meiosis Dalam Matapelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
312kB

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah member impak yang besar dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah daripada pembelajaran yang hanya menekankan kaedah penghafalan kepada pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti. Berpaksikan situasi tersebut, satu perisian alat bantu mengajar bertajuk Cell Division: Meiosis ini telah dibangunkan bertujuan untuk menambahkan bilangan perisian ABM dalam versi Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Perisian ini telah dibangunkan mengikut teori pembelajaran Behaviourisme dan Konstruktivisme dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003 sebagai perisian utama dengan gabungan beberapa perisian yang lain iaitu Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0 dan Macromedia Flash MX. Perisian yang dilengkapi dengan isi pelajaran, analogi, glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta pengukuhan mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan video turut disepadukan supaya perisian nampak lebih menarik serta interaktif. Dengan adanya perisian ini, diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:alat bantu mengajar (ABM), Cell Division: Meiosis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11164
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 06:12
Last Modified:30 Nov 2010 06:12

Repository Staff Only: item control page