Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Daerah Hilir Perak

Rajuddin, Muhammad Rashid and Abdul Rhapar, Suhaida (2010) Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Daerah Hilir Perak. Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Daerah Hilir Perak . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56kB

Abstract

Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif, pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai system organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Peranan dan sumbangan perniagaan kecil ini dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui amalan pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar dalam meningkatkan perniagaan mereka. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar Daerah Hilir Perak telah dipilih untuk menjawab borang set soal-selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 14.0). Ia mengandungi 50 item yang diukur dengan menggunakan skala binari. Hasil kajian menunjukkan amalan pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana. Terdapat dua sahaja amalan pengurusan yang berada pada skor yang baik, manakala dua amalan pengurusan lagi berada pada skor yang sederhana. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniagapeniaga kedai runcit bumiputera ini perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka pada masa akan datang. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah diberikan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan pengurusan, peniaga kedai runcit
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11163
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 06:10
Last Modified:04 Oct 2013 08:41

Repository Staff Only: item control page