Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pengetahuan Membina Item Aneka Pilihan Dalam Kalangan Guru Pelatih Teknik Dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

Abu , Baharin and Mohd Said, Siti Nurfariza (2010) Tahap Pengetahuan Membina Item Aneka Pilihan Dalam Kalangan Guru Pelatih Teknik Dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Tahap Pengetahuan Membina Item Aneka Pilihan Dalam Kalangan Guru Pelatih Teknik Dan Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49Kb

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan membina item aneka pilihan dalam kalangan guru pelatih teknik dan kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Empat objektif kajian ini adalah mengukur tahap pengetahuan mengenai (1) soalan objektif bentuk item aneka pilihan, (2) sifat-sifat ujian (kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan), (3) penggunaan aras kognitif Taksonomi Bloom dan Jadual Penentu Ujian (JPU) dan (4) langkah-langkah dalam membina item aneka pilihan. Seramai 71 orang guru pelatih dengan 25 orang lelaki dan 46 orang perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan skala 4 (empat) mata telah digunakan bagi mengukur maklum balas responden. Nilai kebolehpercayaan instruman kajian adalah 0.96. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 12.0 For Windows untuk mendapatkan kekerapan, peratus, sisihan piawai dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan membina item aneka pilihan dalam kalangan guru pelatih adalah pada tahap sederhana. Kajian ini juga memberikan beberapa cadangan untuk mempertingkatkan pengetahuan guru pelatih dalam pengetahuan membina item aneka pilihan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pengetahuan, item aneka pilihan, guru pelatih
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11153
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Nov 2010 05:51
Last Modified:29 Nov 2010 05:51

Repository Staff Only: item control page