Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial Dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Arshad , Mohammad Yusof and Abdul Salam, Siti Norni Asma (2010) Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial Dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial Dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
81Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kreativiti pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data. Penganalisaan data dibuat menggunakan program SPSS secara statistik deskriptif dan statistik inferensi yang melibatkan Ujian ANOVA Sehala pada aras keyakinan 0.05 untuk menguji kesignifikanan perbezaan kreativiti yang wujud di kalangan pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Hasil kajian mendapati pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup yang dikaji mempunyai tahap kreativiti yang sederhana (min 2.03) berdasarkan empat kriteria iaitu kriteria penghuraian, kefasihan, keaslian dan juga ketelenturan. Analisis statistic ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup dari segi pengkhususan (p=0.280), tahun pengajian (p=0.528) dan CGPA (p=0.193). Ini bermakna faktor pengkhususan, tahun pengajian dan CGPA tidak mempengaruhi tahap kreativiti pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup. Kajian ini juga mendapati secara keseluruhannya, tahap kreativiti di kalangan pelajar program Pendidikan Sains Sosial dan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia adalah sederhana iaitu seramai (52.5%) responden dalam julat kreatif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kreativiti pelajar, pendidikan sains sosial, kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11152
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Nov 2010 05:47
Last Modified:29 Nov 2010 05:47

Repository Staff Only: item control page