Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL)

Kamaruddin , Meor Ibrahim and Zynuddin, Siti Nadya (2010) Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL) . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Abstract

Problem-Based Learning merupakan satu kaedah pengajaran yang amat digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap pendekatan pembelajaran secara Problem-Based Learning dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan pelajar terhadap pembelajaran secara PBL bagi enam kategori iaitu gaya pembelajaran secara PBL, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan fasilitator, kemahiran menyelesaikan masalah, komitmen terhadap gaya pembelajaran PBL, kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sikap dan minat terhadap PBL. Sampel terdiri daripada 140 orang responden yang dipilih secara rawak mudah. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains, Kimia, Fizik dan Matematik di Fakulti Pendidikan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap PBL bagi keenam-enam kategori adalah positif. Hasil kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak fakulti dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa mempunyai persepsi yang positif terhadap PBL.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, pembelajaran, Problem-Based Learning (PBL)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11151
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Nov 2010 05:44
Last Modified:29 Nov 2010 05:44

Repository Staff Only: item control page