Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aspek-Aspek Yang Perlu Dikuasai Oleh Komputer Untuk Mengambil Alih Peranan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P)

Junaidi, Juhazren and Abdullah, Siti Nadiah (2010) Aspek-Aspek Yang Perlu Dikuasai Oleh Komputer Untuk Mengambil Alih Peranan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P). Aspek-Aspek Yang Perlu Dikuasai Oleh Komputer Untuk Mengambil Alih Peranan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
81kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek yang perlu dikuasai oleh komputer untuk mengambil alih peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (p & p). Aspek-aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah aspek pengetahuan tentang mata pelajaran, kepelbagaian strategi pembelajaran, kemahiran komunikasi, elemen motivasi, dan penilaian pembelajaran pelajar. Seramai 78 responden daripada tahun 4 Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik, Kimia, dan Fizik) dipilih menjadi sampel kajian. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS) 11.5. Hasil kajian menunjukkan elemen motivasi, kemahiran komunikasi, dan pengetahuan tentang mata pelajaran merupakan aspek yang benar-benar perlu dikuasai oleh komputer sekiranya ia mengambil alih peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (p & p). Berbanding dengan tiga aspek tadi, penilaian pembelajaran pelajar dan kepelbagaian strategi pembelajaran agak lemah. Ini menunjukkan bahawa komputer perlu menguasai dua aspek yang telah dinyatakan untuk ia mengambil alih peranan guru secara lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aspek-aspek, komputer, peranan guru, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11149
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Nov 2010 05:40
Last Modified:29 Nov 2010 05:40

Repository Staff Only: item control page