Mohd. Nain, Ahmad Shukri (2004) Sains Tingkah Laku : Beberapa Cabaran dan Trend. Jurnal Kemanusiaan (3). pp. 129-142. ISSN 1675-1930
|
PDF
- Published Version
770kB |
Abstract
Sejak tiga dekad yang lalu, para pekerja, organisasi dan negara diminta untuk terus bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Globalisasi dan pembangunan pesat dalam beberapa jenis teknologi serta kemunculan kelompok pengguna yang semakin sofistikated menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit dan berterusan. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi digunakan untuk terus meningkatkan daya saing dan penguasaan perniagaan serantau dan global. Antaranya ialah proses penjuruteraan semula, pemupukan budaya korporat, pengurusan kualiti menyeluruh, fleksibiliti, penggabungan dan lain-lain lagi. Kemelesetan ekonomi yang melanda di sekitar tahun 1980-an dan 1990-an pula telah memaksa organisasi mengubah strategi untuk memastikan mereka dapat terus bersaing dengan baik. Antara usaha-usaha yang dibuat terrnasuklah melakukan penyusunan sernula, pemerataan struktur, pengecilan saiz dan lain-lain. Perkembangan tersebut terus berlaku dan ianya seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi, terutamanya di negara-negara maju. Kadang-kadang dunia ilmu menerajui perkembangan sektor perniagaan, manakala pada masa yang lain pula dunia pemiagaan memacu perubahan dan perkembangan dalam dunia ilmu. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk menghuraikan perkembangan yang sedang berlaku dalarn bidang sains tingkah laku dengan tujuan ianya akan dapat memberikan arah tujuan perkembangan bidang tersebut pada masa depan. Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sektor pemiagaan dan akademik seperti penyelidikan, menentukan bidang fokus dan lain-lain lagi
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 1114 |
Deposited By: | Halimah Baki |
Deposited On: | 27 Feb 2007 01:42 |
Last Modified: | 07 Feb 2017 06:44 |
Repository Staff Only: item control page