Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Somatotaip, Peratusan Lemak Dan Ketangkasan Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti

Morazuki , Syahrul Ridhwan and Amran, Shaheliza (2010) Somatotaip, Peratusan Lemak Dan Ketangkasan Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. Somatotaip, Peratusan Lemak Dan Ketangkasan Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate peringkat universiti dan melihat perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan mengikut kumpulan somatotaip. Seramai 8 orang atlet karate iaitu (5 lelaki dan 3 perempuan) terlibat di dalam kajian ini. Subjek menjalani 2 sesi pengujian iaitu ujian klasifikasi somatotaip (Heath and Carter) dan ujian tahap ketangkasan. Ujian yang dijalankan ialah ujian lipatan kulit (triceps, subscapula, suprailiac dan calf), pengukuran lilitan lengan (biceps dan calf) pengukuran lebar tulang (humerus dan femur) dan ujian ‘Hexagon Drill’ untuk ujian ketangkasan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa 4 daripada subjek lelaki dan 2 subjek perempuan berada dalam kumpulan endormorphic/mesomorf manakala 2 orang lagi subjek ( seorang lelaki dan seorang perempuan) berada dalam kumpulan mesomorf/endomorph. Hasil ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan yang positif tinggi di antara peratusan lemak dengan ketangkasan (r=0.884) bagi kumpulan endomorphic/mesomorf manakala terdapat perkaitan negatif yang sangat tinggi bagi kumpulan mesomorf/endomorf (r=1.000). Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan di kalangan atlet karate mengikut kumpulan somatotaip.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:somatotaip, peratusan lemak, ketangkasan, atlet karate
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11118
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Nov 2010 20:18
Last Modified:21 May 2017 07:00

Repository Staff Only: item control page