Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Sihes , Ahmad Johari and Ahmad, Safiah (2010) Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah diberi keutamaan oleh pelajar dan mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG serta mengikut jantina. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada 50 orang pelajar perdana dan 50 orang pelajar PKPG tahun 4 program Ijazah Sarjana Muda pengkhususan Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata. Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui latar belakang responden dan lapan puluh soal selidik yang berdasarkan instrumen daripada Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford (1992). Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 10 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan yang telah diperolehi adalah 0.953. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) for WINDOW release 13.0. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Nilai pekali r di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah r=0.0 hingga 0.2 dan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Ujian-t sampel bebas telah digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau sebaliknya antara gaya pembelajaran dengan pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan gaya sampingan Pragmatis. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Teoris dan akhirnya Aktivis. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran Reflektor, Pragmatis, Teoris dan Aktivis antara pelajar Perdana dan pelajar PKPG. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11116
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Nov 2010 20:15
Last Modified:25 Nov 2010 20:15

Repository Staff Only: item control page