Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Somatotaip Dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti

Morazuki , Syahrul Ridhwan and Osman, Rusedawatty (2010) Somatotaip Dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti. Somatotaip Dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
65kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kategori somatotaip atlet bola jaring peringkat universiti dan mengenalpasti perbezaan tahap ketangkasan atlet tersebut mengikut tiga kumpulan posisi yang berbeza iaitu pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan. Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun terlibat dalam kajian ini. Pengukuran somatotaip dilakukan dengan menggunakan kaedah Heath-Carter iaitu dengan mengambil ukuran ketebalan kulit di bahagian triceps, subskapular, suprailiak dan betis. Data yang diperolehi dianalisa untuk mengkategorikan atlet sama ada dalam kumpulan endomorf, mesomorf atau ektomorf. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan kategori somatotaip di antara kumpulan pemain penyerang, tengah dan pertahanan di mana kesemua atlet berada dalam kategori mesomorphic predominance. Ujian-T pula dijalankan bagi mengenalpasti tahap ketangkasan para atlet mengikut posisi yang ditetapkan. Subjek dikehendaki untuk berlari mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan masa terbaik daripada tiga percubaan direkod. Data ujian ketangkasan yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala dan hasil analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap ketangkasan yang signifikan (F =5.66, P < 0.05) di antara kumpulan posisi pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:somataip, tahap ketangkasan, posisi atlet bola jaring
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11090
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Nov 2010 04:47
Last Modified:25 Nov 2010 04:47

Repository Staff Only: item control page