Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan Intensiti Semasa Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

Morazuki , Syahrul Ridhwan and Ibrahim, Ruziyanti (2010) Perbandingan Intensiti Semasa Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri. Perbandingan Intensiti Semasa Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
63Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap intensiti semasa latihan dan simulasi acara ujian masa 1000m. Tiga pelumba basikal negeri Johor bawah 23 tahun terlibat dalam kajian ini. Purata umur, berat dan tinggi subjek tersebut masingmasing adalah 20.67 ± 1.15 tahun, 59.67 ± 2.52 kg dan 172.67 ± 1.15 cm. Kajian ini merangkumi dua fasa iaitu dua ujian semasa menjalani latihan (Fasa I) dan dua ujian simulasi ujian masa 1000m (Fasa II). Pada Fasa I, subjek dikehendaki melakukan latihan berbasikal dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh jurulatih manakala Fasa II melibatkan perlumbaan simulasi ujian masa di mana subjek melakukan kayuhan dalam jarak 1000m. Dalam kajian ini, intensiti setiap subjek diperolehi melalui bacaan purata tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik (LApre dan LApost). Ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi menganalisis perbezaan kadar konsentrasi asid laktik di antara latihan dan simulasi ujian masa. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap intensity pelumba basikal lelaki semasa latihan dan simulasi ujian masa 1000m berdasarkan konsentrasi asid laktik (p<0.05). Keputusan ini menolak hipotesis null dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan bagi konsentrasi asid laktik bagi pelumba basikal semasa latihan dan simulasi ujian masa 1000m. Memandangkan dapatan kajian mendapati intensiti semasa latihan lebih rendah daripada intensity simulasi ujian masa 1000m, tahap intensiti semasa latihan perlu dipertingkatkan agar ia sesuai dengan intensiti sebenar ujian atau perlumbaan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:intensiti semasa latihan, simulasi ujian, pelumba basikal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11089
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Nov 2010 04:45
Last Modified:25 Nov 2010 04:45

Repository Staff Only: item control page