Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus : ‘Introduction To Biology’, ‘Respiration’ Dan ‘Endangered Ecosystem’

Ismail , Zaleha and Ab Roshed, Rohaliza (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus : ‘Introduction To Biology’, ‘Respiration’ Dan ‘Endangered Ecosystem’. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus : ‘Introduction To Biology’, ‘Respiration’ Dan ‘Endangered Ecosystem’ . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
191kB

Abstract

Teknologi terkini e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di semua peringkat dari sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk mewujudkan komuniti pembelajaran terbuka dalam dunia pendidikan yang berasaskan web, e-pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Walau bagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan kepadanya. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi melancarkan lagi proses pembangunan, model ADDIE digunakan bagi membantu pembangun dalam merancang dan membangunkan projek web portal. Bahan e-pembelajaran yang dibangunkan ini merangkumi tiga tajuk iaitu ’Introduction to Biology’, ’Respiration’ dan ’Endangered Ecosystem’ yang mengandungi sebelas subtopik. Untuk setiap subtopik disajikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti pembelajaran mengikut kurikulum Biologi Tingkatan empat. Nota guru disediakan dalam dua format iaitu HTML dan Power Point manakala nota pelajar disediakan dalam format 'Lesson'. Latihan dalam 'Quizzes' dibina berdasarkan miskonsepsi dan kesalahan lazim. Selain itu, web portal ini juga menyediakan kuiz interaktif dalam 'Hot Potatoes Quiz', ‘Forum’ bagi membincangkan segala masalah pembelajaran dan ‘Chat’ sebagai ruangan perbincangan tugasan berkumpulan. Keistimewaan sistem e-pembelajaran ini di antaranya ialah pelajar dijangka dapat memanafaatkan untuk tujuan pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dengan keupayaannya untuk memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:e-pembelajaran, system pengurusan kursus, Introduction To Biology, Respiration, Endangered Ecosystem
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11088
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Nov 2010 04:43
Last Modified:25 Nov 2010 04:43

Repository Staff Only: item control page