Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara(Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat MenengahRendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pasir Mas Kelantan

Hamdan, Abdul Rahim and Wan Aziz, Wan Mohammad Kamal Azman (2010) Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara(Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat MenengahRendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pasir Mas Kelantan. Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pasir Mas Kelant . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
184kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang digunakan terdiri daripada 40 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5. Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi empat persoalan mencatatkan 3.80 iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua mencatatkan nilai min 3.19 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Bagi persoalan kajian pertama, ketiga dan keempat nilai min berada pada tahap penilaian tinggi. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesesuaian isi kandungan, Kemahiran Teknikal, perspektif guru-guru Kemahiran Hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11076
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Nov 2010 16:38
Last Modified:11 Sep 2017 01:23

Repository Staff Only: item control page