Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem Penggera Kereta Dwi Hala

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Kailani, Rajeman (2010) Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Sistem Penggera Kereta Dwi Hala . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Tujuan projek rekacipta ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kemampuan dan keberkesanan sistem penggera kereta. Dengan sistem siren amaran penggera kereta yang sedia ada, tahap keupayaan dan kemampuanya dipertingkatkan lagi dengan menyediakan fungsi penggetar, sistem pemutus litar suis penghidup dan motor penghidup kereta. Dengan menggunakan pemancar dan penerima yang berfungsi untuk menghantar isyarat kepada pemilik kereta jika terdapat sebarang pencerobohan terhadap keretanya, sistem pengggera kereta ini diharap dapat membantu mencegah berlakunya sebarang pencerobohan mahupun kecurian kereta. Kaedah yang digunakan dalam perlaksanaan projek ini adalah melalui pengumpulan maklumat dan data, pemerhatian, pengalaman sendiri dan soal selidik. Kaedah pengujian secara manual dan soal selidik telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas dari responden. Set soal selidik mengandungi 30 soalan menggunakan Skala Likert. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science Version 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian penggunaan Sistem Penggera Kereta Dwi Hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Aspek harga yang berpatutan dan mesra alam juga menjadi faktor yang mendorong pengguna untuk memasang Sisten Penggera Kereta Dwi Hala ini. Namun, untuk mempertingkatkan lagi prestasi system penggera ini, pereka mencadangkan supaya ianya diinovasikan lagi cara operasinya melalui penggunaan telefon bimbit.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penggera kereta dua hala
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11054
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Nov 2010 03:00
Last Modified:24 Nov 2010 07:32

Repository Staff Only: item control page