Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Aplikasi Ergonomik Terhadap Pelajar Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH PKPG

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Zahari, Rahizah (2010) Kajian Aplikasi Ergonomik Terhadap Pelajar Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH PKPG. Kajian Aplikasi Ergonomik Terhadap Pelajar Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH PKPG . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/279684323...

Abstract

Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya. Kajian ini dijalankan bagi meninjau aplikasi ergonomik terhadap keselamatan pelajar ketika mereka melakukan kerja amali di bengkel. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek ergonomik daripada pandangan pelajar semasa mereka melakukan kerja. Seramai 90 orang responden terlibat secara langsung terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir 4 SPH PKPG yang sentiasa menggunakan bengkel di N30 untuk melakukan kerja-kerja amali. Kesemua data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) for Windows version 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ergonomic terhadap keselamatan pelajar ketika melakukan kerja amali di bengkel secara keseluruhan adalah tinggi. Berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan ergonomik pelajar, kepentingan keselamatan dan keadaan persekitaran di bengkel mencatatkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar ini bagi meningkatkan keselesaan semasa melakukan kerja-kerja amali di stesyen kerja seterusnya meningkatkan suasana kerja yang selamat, selesa dan memberi kepuasan yang maksimum selain mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesan aplikasi ergonomik, amali bengkel, PKPG
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11051
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Nov 2010 02:46
Last Modified:01 Mar 2017 01:33

Repository Staff Only: item control page