Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai

Md. Johan , Othman and Abdul Majid, Rahmadhaniah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tahun Empat Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 108 orang daripada keseluruhan populasi responden iaitu 150 orang pelajar tahun 4 Perdana Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Jentera dan Kemahiran Hidup) telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan telah memperolehi nilai kebolehpercayaan 0.789. Data dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 13.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan Ujian t. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor pensyarah merupakan faktor yang paling tinggi dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini diikuti dengan faktor rakan dan faktor minat. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap semua faktor tersebut dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pencapaian akdemik pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11050
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Nov 2010 02:42
Last Modified:24 Nov 2010 02:42

Repository Staff Only: item control page