Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekacipta Instrumen Alat Sensor Untuk Ujian Kecergasan Kardiovascular Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer

Zainuddin , Zainal Abidin and A Malek, Rahimei Mohd Iqbal (2010) Rekacipta Instrumen Alat Sensor Untuk Ujian Kecergasan Kardiovascular Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer. Rekacipta Instrumen Alat Sensor Untuk Ujian Kecergasan Kardiovascular Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Ujian ‘Bleep’ merupakan salah satu ujian yang digunakan untuk menilai daya tahan kardiovaskular bagi seseorang atlit. Kajian ini merupakan satu projek merekacipta alat iaitu menggunakan teknologi sensor ‘pijakkan kaki’ untuk digunakan dalam ujian ‘Bleep’. Alat ini direka bertujuan untuk melihat keberkesanan bagi menentukan kesalahan semasa ujian ‘Bleep’ dijalankan dengan menggunakan sensor. Penyelidik mendapatkan persepsi terhadap alat ini daripada 40 orang siswazah-siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang dipilih secara rawak melalui soal selidik yang diedarkan dan 10 orang daripadanya dipilih untuk melakukan pengujian melihat keberkesanan sensor. Penggunaan camera digital Canon 2400 digunakan bagi merakam gambaran lakuan yang tepat dan betul. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 berdasarkan kekerapan dalam jawapan skala likert dan dirumuskan secara peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sensor berkesan dan mendapat sambutan yang baik daripada responden yang dipilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan alat sensor bagi ujian ‘Bleep’ memberikan ketepatan dalam menentukan kesahan larian bagi seseorang subjek yang diuji. Alat ini amat ringkas dan mudah alih bagi menjalankan ujian ‘Bleep’. Cadangan penyelidik supaya alat ini dapat dibangukan semula dengan sumber yang tahan lebih lama, kalis air, dan sumber tenaga yang relevan mendapatkan mutu hasil penyelidikan yang sempurna. Kesimpulannya, penggunaan sensor yang dicadangkan mendapat sambutan yang baik dan ketepatan menentukan kesahan larian dalam ujian ‘Bleep’ amat bertepatan. Sensor yang digunakan perlu diperbaiki untuk kajian-kajian akan datang supaya lebih menarik serta boleh digunakan untuk peringkat yang lebih tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:rekacipta instrumen alat sensor, kecergasan kardiovascular
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11047
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Nov 2010 03:10
Last Modified:23 Nov 2010 03:10

Repository Staff Only: item control page