Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Sains, Selepas Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Minat Dan Sikap Dalam Profesion Perguruan Serta Kemahiran Menilai Pelajar

Arshad , Mohammad Yusof and Haji Dollah, Noor Rafidah (2010) Persepsi Pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Sains, Selepas Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Minat Dan Sikap Dalam Profesion Perguruan Serta Kemahiran Menilai Pelajar. Persepsi Pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Sains, Selepas Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Minat Dan Sikap Dalam Profesion Perguruan Serta Kemahiran Menilai Pelajar . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
72Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM terhadap kemahiran penilaian pelajar, mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi minat dalam profesion perguruan dan mengkaji persepsi guru-guru pelatih jurusan sains UTM dari segi sikap dalam profesion perguruan selepas menjalani latihan mengajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 150 responden daripada pelajar tahun tiga jurusan sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jurusan sains yang diikuti oleh responden seperti Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) – SPC, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) – SPF, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) – SPM, Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan (Kimia) – SPK, Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Fizik) – SPP, Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Sains) – SPN dan Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) – SPT. Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Statistik yang diperoleh daripada SPSS berbentuk kekerapan, peratus, dan min. Nilai Alpha Croncbach yang diperolehi di dalam kajian rintis adalah 0.9. Hasil kajian menunjukan ketiga-tiga persepsi pelajar tahun tiga program pendidikan sains, selepas menjalani latihan mengajar terhadap minat dan sikap mengajar serta kemahiran menilai pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru pelatih telah bersedia untuk memasuki profesion perguruan nanti dan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada guru pelatih pada masa akan datang dalam menempuhi alam perguruan yang sebenar. Selaian itu juga, kajian ini dapat meningkatkan kesungguhan bakal guru memperbaiki mutu pembelajaran pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru pelatih, kemahiran penilaian pelajar, profesion perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11045
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Nov 2010 03:02
Last Modified:23 Nov 2010 03:02

Repository Staff Only: item control page