Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Dan Matematik, Kemahiran Hidup Dan Pengajian Islam ) Separuh Masa Utm Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann

Sihes , Ahmad Johari and Muhammad, Suaini Zakaria (2010) Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Dan Matematik, Kemahiran Hidup Dan Pengajian Islam ) Separuh Masa Utm Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann. Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Dan Matematik, Kemahiran Hidup Dan Pengajian Islam ) Separuh Masa Utm Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
104kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam) separuh masa UTM Johor Bahru. Model Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann yang terdiri daripada enam sifat yang berbeza iaitu berdikari, penghindaran, kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan digunakan. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam yang mengikuti pengajian separuh masa SPACE. Kaedah soal selidik yang berbentuk skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian kepada 93 orang responden dan dapatan di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Sosial Science) version 12.0 for Windows. Hasil kajian menunjukkan sifat kolaboratif dan persaingan merupakan gaya pembelajaran dominan. Didapati juga tiada perbezaan gaya pembelajaran merentas jantina dan hanya sifat penyertaan yang ada perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan CPA. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar separuh masa SPACE.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11043
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Nov 2010 02:57
Last Modified:23 Nov 2010 02:57

Repository Staff Only: item control page