Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Bagi Topik Nombor Negatif

Ali, Marlina and Uzir, Nurhidayah (2010) Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Bagi Topik Nombor Negatif. Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Bagi Topik Nombor Negatif . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi tajuk nombor negatif. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri 91 orang pelajar lelaki dan 59 orang pelajar perempuan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Kesemua pelajar yang terlibat dalam kajian ini berusia 14 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik iaitu Ujian Diagnostik Nombor Negatif (UDiNN). Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi seperti korelasi Pearson r digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah ? = .91. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi topik nombor negatif adalah sederhana. Menerusi analisis korelasi Pearson r menunjukkan bagi pelajar tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada nilai koefisien .713. Keputusan juga menunjukkan bahawa bentuk kesilapan lazim yang sering dilakukan pelajar terhadap topik nombor negatif ialah kesilapan konsep, kesilapan penyusunan / kecuaian, kesilapan kemahiran dan kesilapan pengertian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:nombor negatif, tahap kefahaman pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11042
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Nov 2010 18:48
Last Modified:11 Sep 2017 00:47

Repository Staff Only: item control page