Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Matematik Tingkatan Empat Bagi Tajuk Lines And Planes In 3-Dimensions

Junaidi, Juhazren and Amdam, Nurulsyahida (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Matematik Tingkatan Empat Bagi Tajuk Lines And Planes In 3-Dimensions. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Matematik Tingkatan Empat Bagi Tajuk Lines And Planes In 3-Dimensions . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
307Kb

Abstract

Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi topik Lines and Planes in 3-Dimensions. Isi kandungan perisian PBK ini merangkumi sub topik Angle Between Lines and Planes dan Angle Between Two Planes. Teori behaviorisme digunakan dalam penyampaian isi pelajaran bagi topik ini. Dengan menggunakan teori ini pengguna akan lebih menguasai dan memahami konseop Lines and planes in 3- Dimensions. Teori ini membantu pelajar dalam membina pengetahuan dan konsep baru yang berkaitan dengan isi pelajaran yang dikemukakan. Strategi pengajaran yang digunakan dalam perisian PBK ini ialah latihan dan permainan. Ia bertujuan memudahkan pemahaman dan menarik minat pelajar. Persekitaran yang aktif dan interaktif juga disediakan dalam perisian PBK ini bagi mewujudkan suasana ingin belajar. Proses pembangunan perisian PBK ini mengambil model Rekabentuk Instruksi Bersistem model Hannafin dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash Profesional 8, Adobe Photoshop 7.0 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik bagi topik Lines and Planes in 3- Dimensions dengan baik. Katakunci: Lines and Planes in 3-Dimensions, matematik, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Lines and Planes in 3-Dimensions, matematik, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11040
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Nov 2010 18:42
Last Modified:22 Nov 2010 18:42

Repository Staff Only: item control page