Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Metode pembinaan akhlak menurut Ibn Hazm dalam Kitab Al-Akhlaq Wa As-Siyar

Ripin, Mohd Nasir and Che Ab Rahim, Nur Izzatul Afifah (2010) Metode pembinaan akhlak menurut Ibn Hazm dalam Kitab Al-Akhlaq Wa As-Siyar. Metode Pembinaan Akhlak Menurut Ibn Hazm Dalam Kitab Al-Akhlaq Wa As-Siyar . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
82kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji metode pembinaan akhlak menurut Ibn Hazm dalam kitab al-Akhlaq Wa as-Siyar. Aspek-aspek yang dikaji meliputi konsep akhlak, metode dalam mempertingkatkan akhlak terpuji dan pandangan beliau dalam menyatakan tentang penyakit akhlak dan rawatannya. Konsep akhlak yang dinyatakan oleh Ibn Hazm ialah akhlak dicipta, dibentuk dan disusun oleh Allah SWT . Ibn Hazm telah mengetengahkan beberapa asas yang dianggap penting untuk membentuk akhlak terpuji dalam diri manusia, di antaranya ialah dengan menuntut ilmu, percintaan, persahabatan dan memberi nasihat. Kerosakan akhlak menurut beliau merupakan sesuatu yang mudah dilakukan. Beliau telah menyatakan beberapa penyakit akhlak yang dianggap sebagai asas kerosakan akhlak iaitu menipu, cemburu dan bermegah serta cara merawat penyakit tersebut. Rawatan secara umum bagi semua penyakit-penyakit akhlak juga telah dikaji dan didapati bahawa kaedah yang paling baik dan efektif untuk diamalkan ialah dengan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan setiap sifat-sifat buruk tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap bahan perpustakaan. Di akhir kajian, pengkaji telah mengutarakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu untuk diberi perhatian dan beberapa cadangan kajian lanjutan disaran untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ibn Hazm, kitab al-Akhlaq Wa as-Siyar, metode pembinaan akhlak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11039
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Nov 2010 18:38
Last Modified:01 Oct 2017 06:44

Repository Staff Only: item control page