Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (Rmt) Di Sekolah Kebangsaan.

Alim, Ahmad Puhad and Daud, Nor Izwani (2010) Persepsi Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (Rmt) Di Sekolah Kebangsaan. Persepsi Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (Rmt) Di Sekolah Kebangsaan. . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
583kB

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekolah yang terlibat dengan program RMT dalam kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Seramai 37 orang ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Proses penyelidikan kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 37 item soalan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan dengan latar belakang responden dan juga bahagian B,C dan D yang mengandungi item-item berkaitan persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) 13.0 for windows. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.918. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan persepsi ibu bapa pelajar terhadap RMT bagi aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu dengan min 4.02. Didapati majoriti ibu bapa pelajar bersetuju supaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi ibu bapa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11037
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:30
Last Modified:10 Sep 2017 08:22

Repository Staff Only: item control page