Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Tajuk Elektrokimia Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Konteks Penyelesaian Masalah.

Bakar, Md Nor and Mustafa, Noor Afiqah (2010) Masalah Pembelajaran Tajuk Elektrokimia Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Konteks Penyelesaian Masalah. Masalah Pembelajaran Tajuk Elektrokimia Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Konteks Penyelesaian Masalah. . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
271kB

Abstract

Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas, disamping mengembangkan kebolehan mereka untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pembelajaran kimia khasnya topik elektrokimia di kalangan pelajar. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar di empat buah sekolah menengah dalam daerah Pontian. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik dan kaedah berbentuk deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan dan min untuk dibuat perbandingan menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS Version 11.5) dengan nilai alpha ? = 0.7607. Kajian ini mendapati bahawa masalah-masalah seperti pengetahuan asas kimia, formula kimia, kereaktifan logam mengikut siri elektrokimia dan cara menulis persamaan sel kimia di kalangan pelajar adalah lemah. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat mempertingkatkan strategi pengajaran untuk proses pembelajaran yang efektif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:elektrokimia, masalah pembelajaran, penyelesaian masalah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11036
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:27
Last Modified:10 Sep 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page