Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Konsep Mol Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat (4)

Bakar, Md. Nor and Ismail, Noraihan (2010) Masalah Pembelajaran Konsep Mol Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat (4). Masalah Pembelajaran Konsep Mol Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat (4) . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah pembelajaran konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap penyelesaian masalah konsep mol di dalam matapelajaran Kimia. 70 orang pelajar Tingkatan empat (4) telah dipilih daripada tiga buah Sekolah Menengah di dalam Daerah Mersing untuk tujuan kajian ini. Alat kajian melibatkan soal-selidik dan analisis buku teks. Soal selidik kajian dibahagikan kepada dua bahagian .Bahagian A mengandungi latar belakang pelajar dan bahagian B mengandungi 11 soalan konsep mol. Analisis buku teks bertujuan untuk mengkaji mutu persembahan seperti cara penulisan dan isi kandungan. Program perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science) digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Analisis diskriptif seperti frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis setiap item. Kajian menunjukkan terdapat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 untuk menyelesaikan masalah konsep mol. Hasil kajian menunjukkan pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah konsep mol dan menghubungkait dengan bilangan zarah, jisim bahan dan persamaan kimia. Terdapat cadangan yang dinyatakan dalam kajian ini untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep mol. Cadangan terhadap kajian lanjutan juga turut dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:konsep mol, masalah pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11035
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:25
Last Modified:10 Sep 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page