Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Ghafar Baba, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Said, Hamdan and Mat Nawi, Mohd Nazmizi (2010) Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Ghafar Baba, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Ghafar Baba, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
90kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Ghafar Baba. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan serta program dan aktiviti yang dijalankan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 306 responden Kolej Tun Ghafar Baba yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Ghafar Baba dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan mahasiswa, Kolej Tun Ghafar Baba, kualiti kehidupan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11034
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:22
Last Modified:10 Sep 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page