Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bachok

Alim, Ahmad Puhad and Abdul Manaf, Norliza (2010) Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bachok. Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bachok . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
380kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji kaedah pengajaran utama yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Penyelidikan ini telah melibatkan responden seramai 34 orang dan kesemua responden dari kalangan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yangdiperolehi adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for windows. Dapatan min sebanyak 4.06 menunjukkan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menggunakan kaedah mengajar yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah utama yang digunakan guru-guru PASTI adalah kaedah hafalan dengan catatan min sebanyak 4.16. Guru-guru PASTI juga mengetahui tentang kaedah pengajaran yang dikaji oleh penyelidik. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kaedah pengajaran, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11033
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:19
Last Modified:10 Sep 2017 07:59

Repository Staff Only: item control page