Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor

Hassan, Johari and Kamisan, Siti Norazlina (2010) Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. N/A . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
484kB

Abstract

Penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru pada masa kini sangat mendapat perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini,hanya tiga objektif sahaja yang dikaji iaitu tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT, halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT dan cara mengatasi halangan-halangan tersebut. Seramai 87 orang guru di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor telah terlibat. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi lima bahagian utama. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah ? = 0.91. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih berada pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung menggunakan komputer dan ICT hanya terhad kepada penggunaan peribadi sahaja dan bukan untuk tujuan P&P. Antara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah faktor masa, faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan. Cadangan untuk mengatasi halangan tersebut juga dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:halangan, Penggunaan komputer dan ICT, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11032
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 14:16
Last Modified:08 Dec 2011 01:55

Repository Staff Only: item control page