Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik

Noordin, Shaharom and Shamsudin, Noor Liyana (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
122Kb

Abstract

Tahap kefahaman di dalam Kemahiran Proses Sains dalam kalangan bakal guru fizik mendapat perhatian penyelidik. Penyelidik menumpukan kajian ini kepada dua kemahiran iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen. Pembolehubah manipulasi bagi kajian ini ialah jantina dan program pengajian yang terdiri daripada pelajar Tahun Tiga Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik). Manakala pembolehubah bersandar pula ialah tahap kefahaman subjek kajian dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen. Seramai 36 orang pelajar tahun tiga Program Pendidikan Fizik terlibat sebagai subjek kajian iaitu 13 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Ujian Pencapaian Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen merupakan alat kajian bagi kajian ini. Kebolehpercayaan bagi alat kajian ini diuji menggunakan alpha cronbach (?) = .82. Analisis data bagi kajian ini menggunakan statistik deskriptif iaitu dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman subjek kajian di dalam kedua-dua kemahiran adalah baik. Tiada perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian di dalam kedua-dua kemahiran. Dapatan kajian juga mendapati tiada perbezaan tahap kefahaman merentas jantina di dalam kedua-dua kemahiran. Secara keseluruhan, tahap kefahaman pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik, Universiti, Teknologi Malaysia Skudai dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen adalah baik. Usaha perlu ditingkatkan bagi menjamin kecemerlangan bakal guru di dalam Kemahiran Proses Sains. Katakunci : tahap kefahaman, Kemahiran Proses Sains, bakal guru Fizik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kefahaman, Kemahiran Proses Sains, bakal guru Fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11018
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:59
Last Modified:18 Nov 2010 12:59

Repository Staff Only: item control page